Abang Jo beri peringatan ‘jangan sentuh sensitiviti agama’

Rakyat Sarawak diminta agar tidak menyentuh sensitiviti agama tetapi sebaliknya berusaha bersama bergerak maju ke hadapan dalam keadaan aman serta saling menghormati antara satu sama lain, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berkata kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial yang berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

“Dalam usaha kita (kerajaan negeri) meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dengan memberikan pendapatan yang seimbang, pembangunan spiritual juga perlu diambil kira.

“Semua agama mengajar penganutnya tentang kebaikan seperti berintegriti, berdisiplin, kesetiaan dan kedamaian. Kita (Sarawak) tahu apa yang kita lakukan berdasarkan pemikiran yang logik, sejarah serta persahabatan.

“Sebab itu kita mempunyai perhubungan yang baik dari segi politik, boleh bekerjasama dengan baik dalam satu pasukan tanpa mengira latar belakang agama untuk menjaga hak Sarawak,” katanya pada Majlis Apresiasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) di Kuching, malam tadi.

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM110 juta kepada Unifor untuk membangunkan rumah ibadat agama-agama lain di negeri itu pada tahun hadapan.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sebanyak 2,453 rumah ibadat dengan sejumlah 1,771,586 ahli telah didaftarkan di negeri itu.

Katanya, sejak 2017 kerajaan Sarawak telah meluluskan dan memperuntukkan sejumlah RM313.158 juta kepada pelbagai rumah ibadat seperti gereja, tokong dan sebagainya.

“Unifor bukan sahaja membantu rumah ibadat, ia juga menghulurkan bantuan kepada sekolah mubaligh.

“Terdapat 127 sekolah mubaligh di negeri ini. Dari 2021 hingga 2023, sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan kepada sekolah-sekolah ini,” katanya.

Uggah berkata usaha Abang Johari bukanlah sekadar retorik malah satu manifestasi yang jelas dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

-Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker