Tayar menorel terbakar selepas tercabut

Tayar menorel terbakar selepas tercabut

Tayar sebuah tren monorel dilaporkan tercabut sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Tun Razak berhampiran Stesen Monorel Titiwangsa.

Komander operasi Bomba Kuala Lumpur Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada jam 12.57 tengah hari, lapor Sinar Harian.



Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel telah terjatuh sebelum terbakar,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

“Kebakaran kemudian dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera. Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa yang terlibat.



“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ketika kejadian itu tren monorel berkenaan membawa penumpang atau tidak.

Tayar menorel terbakar selepas tercabut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker