Sembahyang pun tak boleh ke?
Sembahyang pun tak boleh ke?
JOHOR BAHARU: ‘Sembahyang pun tak boleh ke?’.
Kenyataan itu disertakan dalam satu video klip berdurasi satu minit 58 saat yang tular di media sosioal dan dilaporkan menjadi punca pertengkaran dua penduduk berjiran di sebuah blok apartmen di Taman Universiti, Skudai di sini.
Ia memaparkan seorang lelaki memarahi seorang wanita, mendakwa jiran di hadapan rumahnya itu bising ketika sudah lewat malam dan menganggu tidurnya. Pertengkaran berlarutan dengan kehadiran seorang lelaki lain yang dipercayai ahli keluarga wanita terbabit.
Video tular berkenaan kini disiasat polis mengikut Seksyen 13 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dipercayai pada 8 Disember lalu, kira-kira jam 12.30 malam itu pada jam 3.43 petang semalam.
“Polis mengesan satu video tular di laman sosial mengenai pergaduhan mulut antara jiran. Pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham kerana bunyi bising sehingga menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini dimintra menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Jeffri Joni di talian 011-65141322,” katanya. BH
Sembahyang pun tak boleh ke?
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Norashman Najib selamat bernikah
- Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran
- Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim
- Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET