Resepi Ayam Garo Rica Pedas

Resepi Ayam Garo Rica Pedas

Resepi Ayam Garo Rica ini merupakan hidangan istimewa dari daerah Manado di Sulawesi Utara. Menu ini sangat popular, rasanya sedap dan pedas.

Masak sahaja di rumah, sudah tentu lebih enak dan yang pastinya masak dengan penuh kasih sayang. Jom kita masak! Jangan lupa ya… ayamnya perlu direbus bersama serbuk kunyit, garam dan daun limau purut sehingga empuk terlebih dahulu. Selepas itu, barulah digoreng. Dah siap semua sambalnya, hidangkan dengan nasi panas. Waduhhhh…. sedap banget!

AYAM GARO RICA

BAHAN

½ ekor ayam
3 helai daun limau purut
1 sudu besar air limau nipis
Air secukupnya
Sedikit kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR
5 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 batang serai – ketuk
6 helai daun limau purut – hiris halus
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit gula merah
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan air, masukkan daun limau purut, kunyit dan garam sehingga mendidih. Masukkan ayam dan rebus sehingga ayam empuk, jangan sampai isi ayam hancur. Angkat dan tuskan. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Ketepikan.

2.Di kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumiskan daun limau purut dan serai.

3.Kemudian masukkan ke semua bahan kisar, tumis sehingga naik bau.

4.Masukkan gula pasir, gula merah dan garam secukup rasa. Kacau hingga masak sebati.

5.Masukkan ayam telah digoreng, gaulkan sehingga sebati. Sedia dihidangkan.

Jangan lupa masak dan jamu keluarga dan rakan.

Resepi Ayam Garo Rica Pedas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker