Menteri Wilayah tak mahu layan agenda pilihan raya PBT oleh DAP

PETALING JAYA: Ada perkara lebih penting perlu diberi keutamaan sebelum berbincang mengenai pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur, kata Dr Zaliha Mustafa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata beliau mengambil maklum mengenai desakan supaya pilihan raya itu diwujudkan tetapi perkara tersebut bukan keutamaan beliau ketika ini, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata ada perkara yang lebih penting yang perlu diselesaikan seperti pemilihan ahli jawatankuasa dan tata kelola bagi jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) atau syarikat pengurusan bagi bangunan-bangunan strata di Wilayah Persekutuan.



“Perkara asas seperti ini perlu diberi keutamaan terlebih dahulu, sebelum kita bincang berkenaan pilihan raya PBT ini,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Zaliha juga berkata, sebarang keputusan pelaksanaan pilihan raya ini perlu untuk perbincangan yang lebih mendalam dengan pelbagai pihak.

Semalam, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai dilapor mencadangkan Putrajaya memulakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur yang sangat memerlukan demokrasi.

Katanya, pengenalan pilihan raya PBT di ibu negara akan memberi kelestarian dan hak kepada penduduk memilih ahli majlis tempatan mereka.



Pilihan raya PBT di Malaysia digantung pada 1960-an, sebelum digantikan sistem ketua dilantik, di mana datuk bandar negeri dan presiden majlis perbandaran serta daerah dilantik kerajaan negeri.

Terdahulu hari ini, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menggesa semua pihak bersabar, dan menambah Zaliha perlu diberi masa untuk menimbangkan cadangan itu kerana beliau baru dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

Katanya, pilihan raya PBT adalah “satu keputusan dasar utama yang tidak boleh dipandang ringan”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah



Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker