Amir Hamzah letak jawatan

Sime Darby Plantation berkata Amir Hamzah meletak jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutif susulan pelantikan beliau sebagai menteri kewangan II.

Amir Hamzah letak jawatan

Sime Darby Plantation Bhd (SDP) mengumumkan peletakan jawatan pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berikutan kedudukan semasa beliau sebagai menteri kewangan II.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik Amir Hamzah sebagai menteri kewangan II, seiring dengan rombakan Jemaah Menteri pada Selasa lepas.



Amir Hamzah dilantik ahli lembaga SDP pada 17 Feb 2023.

Sebelum ini, beliau adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam sektor korporat.

Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan (pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi) dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat.

SDP dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata SDP mematuhi Perenggan 15.02 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd memandangkan empat daripada lapan ahli lembaga pengarah adalah pengarah bukan eksekutif bebas.



“Susulan peletakan jawatan Amir Hamzah sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif SDP, beliau tidak lagi menjadi ahli Jawatankuasa Kelestarian SDP.

“Lembaga pengarah SDP merakamkan penghargaan kepada Amir Hamzah atas kepimpinan, komitmen dan dedikasi beliau terhadap Kumpulan Sime Darby Plantation,” katanya. FMT

Amir Hamzah letak jawatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker