Agus ‘lari’ dari wartawan lepas beri keterangan pada polis

Agus ‘lari’ dari wartawan lepas beri keterangan pada polis

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Agus Yusoff “lari” daripada wartawan selepas memberikan keterangan kepada polis.

Agus hadir di IPD Kajang ditemani peguamnya Zaflee Pakwanteh kira-kira jam 11 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Beliau kemudiannya keluar dengan sebuah kenderaan kira-kira pukul 1.15 petang, sambil melambaikan isyarat enggan ditemubual oleh kumpulan wartawan yang menunggu di luar pekarangan IPD.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan polis menyiasat dakwaan berlakunya gangguan seksual terhadap Wahab yang membabitkan Agus, dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak pada 21 Okt lalu.

Perkara itu didedahkan selepas Wahab membuat laporan di Balai Polis Kajang pada 30 Nov lalu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Agus dan Abdul Wahab pada 17 Nov lalu mengadakan sidang media bersama susulan penularan video perbualan lucah mereka berdua di media sosial.

Mereka mendakwa video itu sudah disunting, dengan Wahab mendakwa diarahkan individu bernama “Mr H” untuk merakam video perbualannya bersama Agus. FMT

Agus ‘lari’ dari wartawan lepas beri keterangan pada polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker