Presiden kelab Turkiye tumbuk muka pengadil

ANKARA: Presiden kelab Turkiye, Ankaragucu menumbuk muka pengadil pada hujung perlawanan Liga Super selepas pasukan lawan Rizespor menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-97 awal pagi tadi.

Faruk Koca masuk ke padang dan menumbuk pengadil Halil Umur Meler sebaik wisel penamat ditiup ketika aksi yang berakhir seri 1-1 di Stadium Eryaman, menurut rakaman video badan penyiar tempatan TRT.

Penyokong Ankaragucu menyerbu masuk ke padang selepas perlawanan itu dan Meler turut ditendang, sekalipun tidak pasti siapa yang menyerangnya. Meler akhirnya menuju ke bilik persalinan dengan diiringi polis.



Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) memutuskan untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar susulan kekecohan itu, menurut TRT.

Perintah penahanan dikeluarkan terhadap Koca, menurut Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya dalam satu siaran di X, sambil menambah dua orang sudah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap insiden itu.

Pengadil FIFA sejak tahun 2017, Meler yang berusia 37 tahun mengendalikan aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara antara Lazio dengan Celtic pada 28 November lalu.

Pengadil di Turkiye sering dikritik oleh pengurus dan presiden kelab kerana keputusan mereka yang mencetus kontroversi tetapi jarang menjadi sasaran serangan ganas.



Ankaragucu menghuni tangga ke-11 dalam liga dengan 18 mata, tiga anak tangga di bawah Rizespor dengan 22 mata selepas 15 perlawanan. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara



GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker