Pertikai hak istimewa kaum Melayu, Ti Lian Ker biadab

“Ti Lian Ker biadab kerana menuduh biasiswa, GLC, penjawat awam dan kontrak dimonopoli oleh Melayu. Dia mempertikaikan hak istimewa kaum Melayu.

“Mana logik satu kali kongres boleh menyelesaikan masalah selama lamanya. Kenapa cetek pemikiran ahli dewan ‘The Upper House’ ini?” katanya dalam catatan Facebook.

Pada 4 Dis ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara, Ti antara lain berkata “Maka sudah tiba masanya kita selamatkan negara dan bangsa Malaysia dan tidak meneruskan dengan perampasan kekayaan negara atas nama agenda Melayu.”

Puad ketika mengulas lanjut, berkata kongres tersebut hanya diadakan masuk kali ketiga dalam tempoh 58 tahun.

Katanya, pada Kongres Ekonomi Bumiputera kali ini ada cadangan wakaf diurus secara profesional untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 11 Sept lalu, mengumumkan suatu Kongers Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari, bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.

Dalam pada itu, Puad mengecam tindakan Ti yang disifatkan “tunjuk berani” selepas merasakan dirinya di hujung perjalanan politik, susulan tewas perebutan jawatan naib presiden MCA.

“Berani dia cakap begitu jika masih timbalan menteri? Itu nada orang kecewa. Dia kalah jawatan naib presiden MCA di pemilihan lepas.

“Apa muslihat dia mempersoal hak orang Melayu untuk maju. Dia mahu dilihat pemimpin Cina yang relevan. MCA rugi kerana meminggirkannya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker