Jawatankuasa Khas Covid-19 bakal ditubuhkan semula

Kerajaan Selangor bersedia menubuhkan semula jawatankuasa khas Covid-19 jika pandemik itu terus menunjukkan peningkatan di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sedang memperoleh data dan maklumat terkini daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai jumlah kes yang direkodkan.

Menurut beliau, kerajaan negeri termasuk menerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Selangor (SELPHAC) sehingga kini sentiasa memantau situasi Covid-19.



“Kita menyedari berlaku peningkatan kes di Selangor dan ia melibatkan gandaan jumlah kes dan jika mempunyai keperluan, kita akan tubuh semula jawatankuasa tangani Covid-19 yang ditutup sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perasmian Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Simpang Lima di sini pada Ahad.

Karnival anjuran Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI) selama tiga hari itu dihadiri lebih 10,000 pengunjung, mempamerkan identiti tempatan, penjagaan alam sekitar dan wawasan yang dikongsi bersama demi kelestarian masa depan.

Amirudin berkata, situasi Covid-19 di Selangor setakat ini masih terkawal, namun pihaknya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.



“Kita tidak pernah memandang rendah mengenai peningkatan kes yang berlaku dan mengambil kira pengalaman menanganinya sebelum ini.

“Saya menasihatkan individu bergejala dan dijangkiti supaya mengasingkan diri sebagai langkah mencegah penularan pandemik,” jelas beliau.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan sebanyak 3,626 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 iaitu dari 19 hingga 25 November lalu.

Jumlah itu meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya dan Selangor menjadi negeri tertinggi setakat ini.



Majoriti kes atau 48 peratus daripadanya melibatkan individu berusia 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker