Waris tanggung cukai si mati, keputusan tahun depan
Waris tanggung cukai si mati, keputusan tahun depan
Hukum waris wajib membayar tunggakan cukai pendapatan membabitkan ahli keluarga yang meninggal dunia akan dimuktamadkan tahun depan.
Keputusan akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Februari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata keputusan akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
“Saya ingin maklumkan, Jawatankuasa MKI telah bersidang pada Oktober lalu. Keputusan (mengenai hukum sama ada waris wajib bayar tunggakan cukai) sudah ada. Cuma prosesnya, keputusan berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor pada Februari 2024.
“Selepas daripada itu, jika sudah ada keputusan MKI, ia akan dibawa pula ke Majlis Raja-Raja untuk perkenan Raja-Raja Melayu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Transformasi dan Perubahan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPeIM, Datuk Dr Mohd Radzif Mohd Yunus dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Pada 11 Mei lalu, BH yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, melaporkan waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati, termasuk pengurusan cukai pendapatan.
Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.
Sebaliknya, surat rasmi akan dihantar kepada wakil sah atau pentadbir harta pusaka si mati bagi menuntut mereka melunaskan tunggakan cukai pendapatan yang hanya akan dihapus kira selepas suatu tempoh apabila semua prosedur berkenaan dilaksanakan. BH
Waris tanggung cukai si mati, keputusan tahun depan
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)