The Weeknd derma RM11.65 juta bantuan makanan kepada Palestin

The Weeknd derma RM11.65 juta bantuan makanan kepada Palestin

Atas dasar simpati kepada rakyat Palestin, penyanyi popular, The Weeknd atau nama sebenar, Abel Tesfaye, 33, melalui organisasi miliknya, XO Humanitarian Fund menderma AS$2.5 juta (RM11.65 juta) untuk bantuan makanan.

Sumbangan dihulurkan penyanyi kelahiran Toronto, Ontario, Kanada itu difahamkan mencukupi untuk 4 juta bekalan makanan kecemasan kepada rakyat Gaza yang terjejas.

Baru-baru ini, Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan sumbangan itu mampu membiayai 820 tan metrik bungkusan makanan, selain dikatakan mampu diagihkan kepada lebih 173,000 rakyat Palestin untuk tempoh dua minggu.

Pengarah WFP Timur Tengah, Afrika Utara dan Rantau Eropah Timur, Corinne Fleischer dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu sangat diperlukan di Gaza.

Katanya, ini berikutan krisis yang berpunca daripada pengeboman berterusan tentera Israel terhadap kumpulan militan Hamas.

“Konflik ini mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang di luar jangkaan. WFP bekerja sepanjang masa untuk memberikan bantuan di Gaza, tetapi skala besar diperlukan untuk menangani tahap kelaparan terdesak seperti kita lihat.

“Pasukan perlukan keselamatan dan akses kemanusiaan yang berterusan serta sokongan tidak putus penderma demi mencapai lebih ramai mangsa semampunya.

“Kami berterima kasih kepada Abel untuk sumbang sangat bermakna buat rakyat Palestin.

“Kami berharap Abel menjadi contoh lain untuk menyokong usaha kami,” katanya.

Terdahulu, Tesfaye dilantik sebagai Duta Muhibah WFP sejak Oktober 2021 dan berterusan menyokong pelbagai misi murni persatuan itu. BH

The Weeknd derma RM11.65 juta bantuan makanan kepada Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker