Menteri pertahan imigresen tak perbaharui pasport individu tidak fasih BM

Menteri pertahan imigresen tak perbaharui pasport individu tidak fasih BM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan kakitangan Jabatan Imigresen yang mempersoalkan tindakan individu tidak fasih bahasa Melayu ketika ingin memperbaharui pasport di UTC Johor, baru-baru ini.

Saifuddin berkata, tindakan diambil pegawai itu berkemungkinan kerana wujudnya unsur syak wasangka status kewarganegaraan individu berkenaan apabila tidak fasih berbahasa Kebangsaan.



Beliau berkata, sebelum ini, semasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kajian warga negara, pihaknya mendapati syarat kuasai bahasa itu juga menjadi syarat (kewarganegaraan) bagi beberapa negara termaju dunia seperti Singapura, United Kingdom (UK) dan sekiranya tidak boleh faham bahasa tempatan maka tidak layak.

“Dalam Perlembagaan Negara Bahasa Melayu itu bahasa rasmi, bahasa lain bebas dipelajari dan digunakan, jadi asasnya di situ.

“Kewajipan seseorang warga untuk kuasai BM itu, tak boleh kita kompromi…sebab itu perlu faham bahasa (Melayu) supaya tidak timbul syak wasangka.

“Sebagai contoh sebelum ini pernah berlaku syak wasangka terhadap individu kerana mirip muka tidak menyamai ibu bapanya, bagaimanapun selepas siasatan mendapati berlaku pemalsuan dokumen bagi mendapatkan kad pengenalan diri,” katanya pada sidang media sempena sambutan setahun dan perhimpunan bulanan KDN, di sini, hari ini.



Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita berkongsi pengalaman memperbaharui pasport bersama anaknya di UTC Johor.

Wanita itu mendakwa diherdik seorang kakitangan lelaki di pejabat imigresen kerana tidak fasih berbahasa Melayu ketika mahu memperbaharui pasport anak perempuannya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin juga menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) memantau serta meneliti aktiviti pertubuhan termasuk status kewangan secara berkala, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku akaun Aman Palestin, baru-baru ini.

Katanya, pemantauan itu perlu dilakukan bagi memastikan isu sama tidak berulang. BH



Menteri pertahan imigresen tak perbaharui pasport individu tidak fasih BM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker