Azmin kena kecam, kongsi gambar raya.

Azmin kena kecam, kongsi gambar raya.
Azmin kena kecam, kongsi gambar raya. KERAJAAN dituntut menjelaskan jika Menteri Kanan Ekonomi Azmin Ali melanggar ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menerima kunjungan keluarga.

Gesaan itu timbul selepas Azmin menyiarkan gambar di media sosial menunjukkan kehadiran anggota keluarga menteri itu ke rumah untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, berita tersebut turut menarik minat bekas Perdana Menteri Najib Razak

“Aik… dia lagi? Apa kes kali ini?Apapun, saya nasihat netizen untuk pastikan identiti pelaku sebelum korang kecam.Nanti tersilap sedekah pahala free pulak.”



Azmin kena kecam, kongsi gambar raya.

Kunci di musim perayaan

Pada 12 Mei, sehari sebelum Aidilfitri, Azmin berkata, kata kunci di musim perayaan ini adalah ‘pematuhan’ selain meminta rakyat Malaysia mematuhi SOP. – Gambar Instagram rasmi Azmin Ali, 14 Mei, 2021.

Azmin Ali telah memuat naik satu gambar dimana dia dan keluarga berhubung dengan keluarga lain menerusi panggilan virtual.

Dalam pada itu ada netizen bertanyakan dimana Diva AA atau Azwan Ali? Kenapa beliau tidak bersama di Aidilfitri



Netizen persoal tindakan Azmin langgar tempoh kuarantin

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendapat kecaman daripada netizen kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kewajipan kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Perkara itu timbul selepas Azmin didapati memuat naik gambar di Twitter rasminya berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi menyerahkan sumbangan kepada Kelab Polis IPD Putrajaya.

“Berkunjung ke IPD Putrajaya untuk bertemu Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superintendan Mohd Fadzil Ali untuk menyerahkan sumbangan kepada Kelab Polis IPD Putrajaya hasil permohonan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Azmin kena kecam, kongsi gambar raya.



“Sempat memberikan kata-kata semangat buat para anggota dan petugas barisan hadapan yang cukup gigih menjamin keselamatan dan keteraturan rakyat melalui SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Semoga kita dapat segera melandaikan keluk penularan wabak ini,” katanya menerusi Twitter pada Selasa.

Pada 24 April lalu, kerajaan menetapkan SOP khusus kepada pengembara yang tiba di negara ini termasuk tempoh kuarantin dipanjangkan ke 14 hari bagi mengelak penularan virus SAR-CoV-2 Variant of Concern (VOC) jenis baharu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu menjalani swab sampel bagi ujian pengesanan jangkitan Covid-19 tiga hari sebelum tarikh berlepas dan dikehendaki menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian (kuarantin) di stesen kuarantin.



Bagaimanapun, menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara diberi pengecualian bagi menjalani pemerhatian hanya selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai berkuat kuasa mulai 9 Februari hingga 1 Ogos depan seperti mana dalam dokumen pewartaan yang disiarkan dalam portal rasmi e-warta Persekutuan.

Sementara itu, salah seorang pengguna Twitter, @SarahZahary meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dikenakan kuarantin selepas pulang dari tempat yang sama.

“Saya minta maaf, tetapi dia baru pulang dari UAE, dan saya baru balik dari UAE. Saya dah dapat vaksin dua dos dan tetap kena kuarantin 14 hari. Tetapi dia berkeliaran,” ujarnya.

Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT

Warganet persoal kuarantin Azmin selepas lawatan ke Saudi, UAE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker