Adun UMNO jumpa Hajiji, ini kata Bung

Adun UMNO jumpa Hajiji, ini kata Bung

Adun UMNO jumpa Hajiji, ini kata Bung
Adun UMNO jumpa Hajiji, ini kata Bung

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengingatkan anggotanya tidak mempercayai dakwaan kononnya parti itu di negeri ini berpecah dan membentuk beberapa kumpulan akibat masalah dalaman.

Beliau berkata, Umno Sabah sememangnya terbahagi kepada “beberapa kumpulan pemikir”, namun ia dilakukan bagi merangka pelan strategi lebih berkesan bagi memenangi hati rakyat, khususnya menghadapi PRN akan datang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli parti agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab sebagai satu perang psikologi dan propaganda untuk memecah-belahkan kesatuan.

“Kita bukan berpecah dari segi kepimpinan tetapi dipecahkan kepada beberapa kumpulan pemikir. Kita perlu kumpulan pemikir menggariskan pelan strategi dan hala tuju untuk parti sebagai persiapan menuju PRN akan datang,” katanya menerusi kenyataan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata demikian bagi mengulas spekulasi tular di media sosial, berhubung perpecahan Umno Sabah, susulan pertemuan beberapa pemimpinnya termasuk Adun parti dengan Ketua Menteri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), baru-baru ini.

Bung Moktar berkata, sebagai wakil dipilih rakyat, pemimpin berkenaan berhak mengadakan pertemuan dengan ketua menteri, antara lain bagi menyampaikan isu dihadapi kawasan tersebut.

“Jika ketua menteri menghormati kerajaan perpaduan, beliau perlu memberi ruang untuk bertemu dan mendengar keluh-kesah rakyat terutamanya Adun dari Umno,” katanya. FMT

Adun UMNO jumpa Hajiji, ini kata Bung


Baca Artikel Menarik:

Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker