Wang Ihsan, Kelantan hanya terima RM40 juta berbanding tahun lepas RM331.38 juta
Kerajaan Kelantan setakat ini hanya menerima RM40 juta bayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat berbanding RM331.38 juta tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan Rozi Mohamad (PAS-Tendong) berhubung jumlah wang ihsan yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2020 sehingga kini.
“Untuk bayaran wang ihsan, pada 2020 kita mendapat sebanyak RM190.85 juta; pada 2021 pula mendapat RM201.04 juta, manakala tahun lalu kita mendapat RM331.38 juta dan bagi tahun ini RM40 juta setakat ini.
“Pihak kerajaan negeri masih di peringkat rundingan untuk mendapatkan bayaran wang ihsan tersebut dan bersama-samalah kita berdoa mudah-mudahan baki wang ihsan dapat diberi penghujung tahun ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (PAS-Pulau Chondong) mengenai tindakan susulan dan usaha diambil kerajaan negeri berhubung isu itu, Mohd Nassuruddin berkata pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan reaksinya positif.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera
- Dengar suara 32 juta rakyat, bukan 1200 – Anwar
- Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori
- Coldplay payung pantun, hangatkan suasana konsert
- Tak boleh boikot Mercedes?
- Janna tak tendang saya – Sheila Mambo
- Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan
- Muhyiddin umum tak pertahan jawatan presiden Bersatu, tiada drama air mata dari ahli
- Cikgu dikecam jual gambar bekas pelajar berpakaian dalam
- Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi
- PN pulun pujuk pemimpin Umno untuk bergabung – Hadi
- Wanita ‘Mat Salleh’ buat hal, selamba bogel di lapangan terbang
- Mak cik Kemboja akhirnya mengadap polis beri keterangan
- Boikot beri kesan, The Marvels jadi sekuel paling rendah kutipan dalam sejarah MCU
- Peja ingatkan bukan Hamzah sorang sahaja pemimpin pelapis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu