Wan Cai dakwa YY ‘sebat’ duit sumbangan arwah Dea Maisarah

Wan Cai dakwa YY ‘sebat’ duit sumbangan arwah Dea Maisarah

Siapa ingat lagi dengan kes kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri, atau Baby Syifa yang meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan Februari tahun lalu?

Tiba-tiba kecoh pula apabila bapa kepada Baby Syifa didakwa menyeleweng wang sumbangan kes adik Dea Maisarah di bawah persatuan yang diberi nama YY Community Centre.



Dakwaan ini dibuat oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dikenali sebagai Mr Wan Cai Official. Dalam hantaran di Facebook, Wan Cai berkata wang sumbangan diterima adalah RM53,060 tetapi pihak keluarga arwah Dea Maisarah hanya terima RM5,000.

Peguam yang menguruskan kes pula terima RM20,000 di mana kos guaman sepatutnya adalah RM40,000. Jadi Wan Cai tertanya-tanya di manakah baki sumbangan berjumlah RM28,000.

Katanya lagi, bukti dan maklumat sudah dikumpul sebelum dia mengambil keputusan mendedahkan kepada umum.

Dia juga sudah beri peluang kepada Yuseri Yusoff untuk bersemuka tetapi Yuseri didakwa bersembunyi di pejabat di Wangsa Maju.



Wan Cai bertegas kerana tak mahu orang fikir dia bersubahat dengan Yuseri. Katanya lagi, semua orang tahu dia yang kenalkan Yuseri dengan keluarga arwah Dea Maisarah untuk menuntut keadilan.

Tetapi, Wan Cai hampa apabila Yuseri tak muncul bersemuka untuk menjelaskan apa yang terjadi. Wan Cai menganggap tindakan ‘sebat’ wang sumbangan Dea Maisarah umpama ‘declare’ perang kerana kes anak syurga itu di bawah tanggungjawabnya dan pasukan UKVJ.
Kredit: Facebook Wan Cai Official

Wan Cai dakwa YY ‘sebat’ duit sumbangan arwah Dea Maisarah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker