Adun Johor diminta solat Subuh berjemaah setiap Jumaat

Adun Johor diminta solat Subuh berjemaah setiap Jumaat

Kerajaan Johor memperkenalkan inisiatif Semarak Subuh yang meminta semua Adun beragama Islam berjemaah solat Subuh di kawasan masing-masing setiap Jumaat.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata sejumlah RM560,000 untuk melaksanakan inisiatif itu di semua 56 Dun yang diperuntuk dalam Belanjawan 2024 dibentangkannya hari ini.

Menurutnya, selain bertadabbur al-Quran, Adun terbabit juga boleh menyantuni jemaah di masjid atau surau dalam kawasan masing-masing.

“Bagi Adun wanita dan bukan beragama Islam pula, mereka boleh menghantar wakil dari pusat khidmat masyarakat Dun masing-masing.

“Semarak Subuh ini amat penting dalam memacu pembangunan negeri, pentadbiran kerajaan Johor sentiasa memberi penekanan kepada dua dimensi utama iaitu menjaga hubungan antara manusia dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia,” katanya yang menambah sebanyak 2,688 program Semarak Subuh akan dilaksanakan pada tahun depan.

Onn Hafiz yang juga Adun Machap berkata pegawai daerah, kadi, imam dan pegawai-pegawai agensi kerajaan di daerah serta pemimpin masyarakat akan turut bersama dalam program itu. FMT

Adun Johor diminta solat Subuh berjemaah setiap Jumaat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker