Remaja selamat selepas panah ikan tertusuk otak

Seorang remaja di Thailand selamat selepas terkena panah ikan yang menembusi otaknya ketika memancing, lapor akhbar Daily Star semalam.

Remaja dikenali sebagai Chayathorn, 14, itu dipercayai sedang memancing bersama rakannya di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand.

Namun, dia atau rakannya secara tidak sengaja menembak panah ikan sepanjang 30 sentimeter itu mengenai kepalanya.

Imej X-ray yang didedahkan sebuah hospital menunjukkan panah tersebut tertanam ke dalam tengkorak remaja berkenaan, menyebabkan doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun, pakar bedah di Hospital Chakkarat dapat mengeluarkan panah yang berada di luar kepala mangsa sebelum mengeluarkan bahagian logam tersebut yang tertanam di dalam otaknya.

Panah ikan yang tertanam itu kemudian telah ditarik keluar dari otaknya, manakala remaja tersebut kekal berada di bawah pengawasan rapi.

Doktor bagaimanapun bimbang risiko penyakit yang mungkin merebak secara dalaman akibat logam yang tidak bersih itu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker