Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super

Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super

Kelantan FC mencipta sejarah tersendiri apabila dibolosi 102 gol dalam 23 aksi Liga Super setakat ini, selepas tewas 0-7 kepada Sabah FC pada perlawanan di Stadium UiTM, malam ini.

Jelas skuad kendalian Angel Alfredo Vera terus menjadi mangsa belasahan pasukan Liga Super dengan terbaharu mudah diratah Sabah FC hingga dibolosi tujuh gol.



Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee mendahului seawal minit ke-25 menerusi sepakan penalti yang disudahi Jafri Firdaus Chew.

Sabah FC yang kehilangan empat tonggak utama kerana beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tidak menghadapi masalah untuk menambah dua lagi gol menerusi Farhan Roslan dan Rizal Ghazali, sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 pada babak pertama.

Sebaik bermula babak kedua, Sabah FC tidak lagi menoleh kebelakangan apabila Irfan Fazail, Telmo Castanheira, Ramon Machado dan S Kumaarahan terus menambah derita Kelantan FC untuk kedudukan 7-0.

Situasi terbabit menyebabkan Alfredo meninggalkan bangku simpanan walaupun perlawanan belum lagi tamat kerana dipercayai terlalu kecewa pasukannya terus menjadi mangsa belasahan.



Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan FC mencipta rekod tersendiri apabila dibolosi 102 gol walaupun saingan Liga Super masih lagi berbaki dua perlawanan. HM

Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker