Kucing gemuk tarikan pelancong diarah jalani diet

Seekor kucing gemuk yang menjadi tarikan utama sebuah bandar di Poland diselamatkan dari jalan dan dijadual menjalani diet selepas terlalu banyak diberi makan oleh pengunjung.

Portal berita MailOnline melaporkan, kucing berwarna hitam dan putih bernama Gacek itu terkenal di seluruh dunia selepas mendapat skor penuh daripada pengulas-pengulas di laman pencarian Google.

Digelar ‘Raja Kaszubska’ sempena nama jalan di mana kucing itu berada, skor Gacek adalah lebih tinggi berbanding lokasi tumpuan tradisional di bandar Szczecin.



Pada kemuncak popularitinya awal tahun ini, Gacek terselamat daripada cubaan culik apabila seorang wanita dirakam cuba melarikan kucing baka moggy berusia enam tahun itu.

Maklumat mengenai Gacek sebagai tarikan bandar Szczecin kini dialih keluar daripada Google selepas penduduk tempatan bimbang mengenai keadaan kesihatannya serta bagi menghalang pelancong daripada terus memberinya makan.

Persatuan Kebajikan Haiwan di bandar itu merayu kepada orang ramai untuk tidak memberi Gacek banyak makanan kerana ia menjadi semakin gemuk selepas pelancong sering memberinya snek. – AGENSI

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker