Suhaimi sempat bermaafan sebelum ditidurkan, minta jangan menangis

Suhaimi sempat bermaafan sebelum ditidurkan, minta jangan menangis

Balu dan anak-anak kepada penyanyi nasyid, Mohd Suhaimi Mohd Saad sempat bermaaf-maafan sebelum doktor menidurkannya pada Khamis lalu.

Nordiana Mohd Naim, 39, berkata, suaminya kelihatan tenang sebelum ditidurkan, malah meminta agar dirinya dan anak-anak tidak menangis.

“Suhaimi minta saya dan anak-anak tak menangis, malu pada orang yang lalu lalang melihat kami.

“Sebaliknya, arwah minta kami banyakkan berdoa agar urusannya dipermudahkan.

“Saya menandatangani surat kebenaran arwah ditidurkan kerana menurut doktor ia akan mengurangkan lagi kesakitannya.

“Tapi, sebelum buat keputusan, saya tanya pendapat arwah dan dia bersetuju dan menyerahkan urusannya pada Allah,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, optimis suaminya mempunyai harapan untuk sembuh berdasarkan pengalaman pernah dilalui seorang anggota In-Team, Mohd Syahril yang pernah menghadapi masalah kesihatan sama.

Katanya, dia reda apapun berlaku kepada suaminya, namun sejujurnya tidak bersedia berdepan kehilangan Suhaimi kerana banyak lagi perkara yang ingin dilakukan bersama.

Terdahulu, Allahyarham Suhaimi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru sejak seminggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Arwah mengalami batuk berpanjangan selama beberapa bulan, diikuti dengan cirit birit sejak sebulan lalu.

Beliau kehilangan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh sebulan akibat cirit birit.

Keadaannya semakin lemah memaksa bapa mentuanya membawa arwah pulang ke Johor untuk mendapatkan rawatan.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Jenazah Allahyarham Suhaimi dijangka dikebumikan di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor, pagi ini. BH

Suhaimi sempat bermaafan sebelum ditidurkan, minta jangan menangis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker