Harimau Malaya ‘baham’ Kyrgyzstan 4-3

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya mempamerkan aksi luar biasa apabila bangkit menewaskan pasukan ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Anak buah Kim Pan Gon bermula garang apabila mendahului seawal minit ketujuh selepas pemain termahal dalam skuad Harimau Malaya, Dion Cools menanduk masuk bola sepakan penjuru Arif Aiman Hanapi.

Namun, Harimau Malaya berdepan detik cemas pada penghujung babak pertama selepas Kyrgyzstan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Kayrat Zhyrgalbek pada minit ke-42.



Hanya dua minit kemudian, kealpaan benteng pertahanan Harimau Malaya sekali lagi dihukum skuad kendalian Stefan Tarkovic dan kali ini hasil ledakan bekas pemain import Kelantan United, Ernist Batyrkanov.

Harimau Malaya cuba bangkit memburu gol penyamaan sebaik bersambung babak kedua dengan Faisal Halim melakukan rembatan deras pada minit ke-49, namun diselamatkan penjaga gol Kyrgyzstan, Tokotaev Erzhan.

Ketika harapan peminat mahu melihat gol penyamaan Harimau Malaya, sebaliknya berlaku apabila Kai Merk menceriakan kem Kyrgyzstan dengan meledak gol ketiga pasukannya pada minit ke-57.

Jaringan itu bagaimanapun tidak membunuh semangat Harimau Malaya untuk bangkit dan usaha keras mereka berhasil selepas Khristiian Brauzman tertampan bola hantaran Arif Aiman ke gawang sendiri pada minit ke-72.



Lima minit kemudian, Stadium Nasional terus bergema dengan sorakan lebih 17,000 penyokong Harimau Malaya apabila Cools berjaya meledak gol penyamaan.

Kebangkitan dramatik Harimau Malaya dalam aksi pertama Kumpulan D itu kemudian dilengkapkan dengan jaringan kemenangan yang diledak Faisal Halim pada masa kecederaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker