Faizal Tahir anjur Faith4Palestine

Faizal Tahir anjur Faith4Palestine

Penyanyi, Faizal Tahir menerusi gerakan kemanusiaan, iamFaithmen dan kerjasama syarikat rakaman, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine pada 12 November ini di Royale Chulan, Damansara.

Faizal berkata, Faith4Palestine bertujuan mengumpul dana bantuan kemanusiaan untuk mangsa perang di Palestin selain menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap isu tersebut.



“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Selain persembahan akustik, kami mengadakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan bidaan barang peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah usaha membantu saudara kita di Gaza. Sesungguhnya mereka kini sangat memerlukan bantuan dan perhatian.

“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu membawa maksud positif dan memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya.

Tambah penyanyi Assalamualaikum itu, selain mengumpul dana, Faith4Palestine turut bertujuan mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana orang ramai boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.



Menurut Faizal, tiket acara berdurasi dua jam itu dijual pada harga pada harga RM99 dan semua keuntungan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia.

Faiyh4alestine turut menampilkan Syamel. Mereka yang berminat boleh layari www.ticket2u.com.my .

Faizal Tahir anjur Faith4Palestine

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker