Penjenayah lari dari ditahan diberkas dengan bantuan 7 MPV polis

Sebanyak tujuh buah kenderaan peronda polis terlibat dalam usaha menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang cuba melarikan diri di Jalan Tebrau, Johor Bahru, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang penjenayah dengan sembilan rekod lampau ditahan polis kerana memandu secara merbahaya, menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan merosakkan harta benda awam awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Tebrau, di sini pada pukul 4.41 pagi.

Menurut beliau, polis terlebih dahulu mengesan suspek yang sedang memandu kenderaan  jenis Proton Persona dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 2 pagi.

“Suspek bertindak melarikan diri daripada tujuh buah kenderaan peronda polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang mengekorinya sejauh 15 kilometer, Suspek berjaya ditangkap selepas kenderaan dipandunya merempuh pagar keselamatan tepi jalan sebuah taman perumahan di sekitar bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Raub berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan empat rekod lampau bersabit kesalahan dadah, manakala ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Tambah beliau, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan; Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen



David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker