Israel serang konvoi Palang Merah ICRC di Gaza

Israel serang konvoi Palang Merah ICRC di Gaza

GAZA CITY, WILAYAH PALESTIN: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata konvoi kemanusiaan yang membawa bekalan perubatan diserang di Gaza City semalam.

Konvoi lima trak dan dua kenderaan Palang Merah yang dalam perjalanan membawa bekalan ke kemudahan kesihatan termasuk ke hospital Al-Quds diserang, menurut ICRC dalam satu kenyataan sambil menjelaskan dua trak rosak dan seorang pemandu cedera.



Bagaimanapun ICRC tidak menyatakan pihak mana yang melepaskan tembakan ke arah konvoinya atau dari mana tembakan itu datang.

“Ini bukan keadaan yang mana pekerja kemanusiaan boleh bekerja.

“Kami di sini membawa bantuan segera kepada orang awam yang memerlukan. Memastikan bantuan penting boleh sampai ke kemudahan perubatan adalah kewajipan undang-undang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” ,” kata ketua sub-delegasi ICRC di Gaza, William Schomburg.

Selepas tembakan, konvoi mengubah laluannya dan sampai ke hospital Al-Shifa yang mana ia menghantar bekalan perubatan, menurut ICRC.



Konvoi ICRC mengiringi enam ambulans dengan pesakit yang parah ke persimpangan Rafah ke Mesir, katanya. BH

Israel serang konvoi Palang Merah ICRC di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker