Grab Malaysia sumbang RM1 juta untuk Palestin, yang lain bila lagi?

Grab Malaysia sumbang RM1 juta untuk Palestin, yang lain bila lagi?

Grab Malaysia menyalurkan bantuan sebanyak RM1 juta melalui Mercy Malaysia sebagai tanda simpati termasuk usaha mengatasi keperluan mendesak dihadapi komuniti rentan di Gaza, Palestin berikutan konflik yang berterusan.

Pada masa sama, pengguna aplikasinya juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha Mercy Malaysia.



“Grab Malaysia amat bersimpati dengan nasib komuniti yang terjejas akibat konflik di Gaza dan mengutuk sebarang tindakan keganasan yang mengancam kemanusiaan.

“Justeru, Grab Malaysia sekali lagi berganding bahu dengan MERCY Malaysia untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Tabung Bantuan Palestin, bagi membantu komuniti yang disokong oleh MERCY Malaysia secara aktif sejak 2008.

“Grab Malaysia telah menjalinkan kerjasama erat dengan MERCY Malaysia sejak 2021, menerusi pembabitan dalam pelbagai bantuan kemanusiaan di Malaysia termasuk tabung bantuan banjir serta pengurusan bencana,” menurut Grab Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Jangan kita boikot Grab sekarang, tapi kepada jenama asing yang pro Amerika dan Israel di Malaysia yang belum nyatakan sokongan mereka kita teruskan boikot.



Grab Malaysia sumbang RM1 juta untuk Palestin, yang lain bila lagi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker