Selepas isytihar sokong Anwar, Bersatu gantung MP Labuan

Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keanggotaan Ahli Parlimen Labuan Dr Suhali Abdul Rahman, yang minggu lalu menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan akhbar ringkas malam ini.

Hamzah berkata keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan bersidang hari ini.



“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga kenyataan media daripada Dr Suhaili bertarikh 30 Okt 2023, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Lembaga Disiplin sebulat suara menggunakan kuasa di bawah Fasal 22.5 (c) Perlembagaan Bersatu bagi menggantung keahlian Suhaili, berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang beliau untuk tempoh enam tahun berkuat kuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 7 November 2023,” katanya.

Pada Khamis (2 Nov), Hamzah mengumumkan bahawa majlis tertinggi Bersatu telah melantik naib presiden Radzi Jidin sebagai ketua Bersatu Wilayah Persekutuan yang baru dan ketua bahagian Labuan, menggantikan Suhaili.

Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu juga menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid selama empat tahun berkuat kuasa 3 Nov.



Hamzah juga sebelum ini berkata Iskandar Dzulkarnain telah digantung daripada jawatan ketua bahagian Kuala Kangsar serta semua jawatan yang disandang dalam parti.

Ini berlaku selepas Iskandar, seperti Suhaili, menyuarakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri, dengan menyorot kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasannya.

Hamzah bagaimanapun mendakwa SPRM mengugut Iskandar Dzulkarnain supaya menyokong Anwar atau menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

SPRM menafikan dakwaan itu.



Hamzah sebelum ini juga berkata PN sedang mengumpul segala maklumat berhubung dakwaan ugutan sebelum membuat laporan polis.

Anwar kini menerima sokongan 149 ahli parlimen – melepasi majoriti dua pertiga.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker