Penentang gencatan senjata di Gaza ‘halalkan’ pembunuhan – Permaisuri Rania

Penentang gencatan senjata di Gaza ‘halalkan’ pembunuhan – Permaisuri Rania

Permaisuri Rania dari Jordan kelmarin menggesa usaha kolektif bagi gencatan senjata di Gaza demi kebajikan penduduk Gaza yang semakin merana.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang gencatan senjata, menyokong serta membiarkan kematian beribu-ribu orang awam sebagai perbuatan ‘menghalalkan’ kematian .



Dalam wawancara bersama Becky Anderson dari CNN, Permaisuri Rania berkata demikian apabila mengulas berhubung penolakan dibuat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, terhadap syor gencatan senjata ketika berada di Amman.

Selepas bertemu pemimpin negara Arab pada Sabtu, Blinken berkata, gencatan senjata di Gaza hanya akan mencetuskan lebih banyak serangan oleh Hamas.

Sebaliknya, Permaisuri Rania menegaskan, perlu ada seruan kolektif untuk gencatan senjata, walaupun sedar ada yang menentang gencatan senjata dengan hujah bahawa ia akan membantu Hamas.

“Bagaimanapun, dalam hujah sama, mereka sebenarnya menyokong dan mewajarkan kematian beribu-ribu orang awam. Itu sudah tentu tercela secara moral dan tidak sepenuhnya rasional.



“Jika Israel berhasil menewaskan Hamas, punca konflik ini ialah pendudukan haram, pelanggaran hak asasi manusia, penempatan haram, mengabaikan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

“Jika kita tidak menangani punca utama, anda hanya boleh membunuh pejuang tetapi tidak boleh membunuh puncanya, yang akan terus mewujudkan pejuang baharu,” katanya

Permaisuri Rania turut mengecam penganiayaan kemanusiaan yang dahsyat di Gaza, dan mempersoalkan, berapa ramai lagi yang perlu mati atau adakah ia akan diabaikan selama-lamanya, bila mana membabitkan rakyat Palestin.

Beliau turut berkata, lebih 10,000 kematian direkodkan di Gaza sejak perang bermula, dengan hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.



“Ini bukan sekadar angka. Setiap seorang daripada kanak-kanak ini adalah segala-galanya bagi seseorang individu,” katanya. BH

Penentang gencatan senjata di Gaza ‘halalkan’ pembunuhan – Permaisuri Rania

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker