Ketua Dewan Ulama PAS biadab – Anwar

Ketua Dewan Ulama PAS biadab – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pagi ini menyelar tindakan Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya kerana mendakwa Putrajaya bersikap apologetik dalam pendirian terhadap perjuangan Palestin.

Menggelar Ahmad sebagai biadab, Anwar menegaskan bahawa kerajaan sentiasa tidak berbelah bahagi atau teragak-agak dalam memberikan sokongan kepada Palestin.



Hal itu katanya, bertentangan dengan dakwaan Ahmad – yang juga ahli parlimen Pokok Sena) – seperti yang disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah, semalam.

Artikel itu disiarkan bersama gambar Anwar dengan imej bendera Israel diletakkan di belakangnya.

“(Seluruh dunia) tahu Malaysia bersatu menyokong perjuangan Palestin.

“Kami juga mengadakan mesyuarat setiap hari mengenai isu Palestin, kami meminta OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), Rusia, dan China (untuk membantu).



“Tetapi (Ahmad) boleh saja membuat kenyataan biadab dan kurang ajar,” kata Anwar semasa sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat pagi ini.

Ahli parlimen Tambun itu juga menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil “tindakan tegas” terhadap sesiapa sahaja yang mengulangi tuduhan sedemikian. Mk

Ketua Dewan Ulama PAS biadab – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker