Wanita menangis teresak-esak lihat anak kahwin [VIDEO]

Wanita itu memeluk erat anaknya ketika acara meminta restu. – TikTok

 

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi ibu kepada pengantin lelaki menangis teresak-esak ketika memeluk anaknya dalam sebuah majlis perkahwinan.

Laman berita Wolipop melaporkan, video kekecohan di majlis perkahwinan itu dimuat naik dalam akaun TikTok @momenthajatankampung.

Ketika pengantin lelaki ingin meminta restu daripada kedua-dua ibu bapanya, ibunya dilihat memeluknya erat sambil menangis teresak-esak.



Seorang wanita berbaju biru kemudian cuba memujuk ibu pengantin lelaki supaya lebih tenang. Sementara itu, pengantin perempuan dilihat menggosok kaki ibu mentuanya.

Bapa pengantin lelaki kelihatan terkejut dan keliru dengan tindakan isterinya ketika kejadian.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

@momenthajatankampung



Anak mama ini kayak nya 😁 #populer #hajatankampung #orgenlampung

♬ suara asli – Serba Serbi Hajatan – Serba Serbi Hajatan

“Biasalah seorang ibu akan merasai seperti kehilangan anaknya, tidak akan seperti biasa (selepas berkahwin),” komen seorang netizen.

Wolipop telah menghubungi Firman Pena iaitu jurugambar yang memuat naik video itu.



“Semasa acara memohon restu ibu bapa pengantin perempuan, semuanya pada awalnya berjalan lancar.

“Namun ketika diteruskan dengan ibu bapa pengantin lelaki, tiba-tiba wanita itu menangis kerana tidak bersedia ditinggalkan anaknya,” kata Firman. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker