Rempuh penghadang jalan, peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi maut

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 47, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, hari ini.

GUA MUSANG – Kegembiraan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi ke Cameron Highlands, Pahang berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 47, Jalan Gua Musang-Lojing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Chan Sizn Kit yang menunggang motosikal jenis KTM RC8 dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Cameron Highland.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Sizn Kit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker