Mat Maslan kata nilai ringgit bukan ukuran ekonomi negara

 

Perbandingan ringgit-dolar AS tidak seharusnya menjadi satu-satunya ukuran dalam menentukan keadaan ekonomi, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menentukan keadaan ekonomi negara hanya berdasarkan ukuran tersebut kerana masih terdapat beberapa ukuran lain yang harus diberi perhatian.



Antaranya adalah pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurkan pada 4-5% tahun depan, unjuran defisit fiskal 4.3% berbanding sasaran 5% tahun ini, kadar inflasi yang semakin menurun pada 1.9%, Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan pada 3% dan kadar pengangguran rendah pada 3.4%, kata Ahmad.

“Inilah ukuran sebenarnya. Selain itu pelaburan yang diumum separuh tahun ini begitu besar jumlahnya, jadi angka-angka itu menunjukkan ekonomi kita berada di landasan yang kukuh dan ekonomi kita berada pada landasan yang menunjukkan asasnya kukuh

“Itulah angka ukuran ekonomi dan tidak adil hanya merujuk kepada (perbandingan) dolar AS dengan ringgit sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah ‘Islamic Distinguished Entrepreneur’ (IDEA Award 2023) anjuran Dewan Perniagaan Muslim Insiders malam tadi.

Sementara itu, Presiden Muslim Insiders Adam Richman berkata anugerah IDEA Award 2023 itu diadakan bertujuan untuk mengiktiraf usaha cemerlang dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi serta juga kepada pemilik perniagaan bukan Islam yang mengamalkan ciri-ciri perniagaan mesra Islam di negara ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker