Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan keyakinan pelabur

Ekuiti Malaysia ditutup kebanyakannya positif minggu ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan seketika kenaikan kadar faedahnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.70 peratus atau 10.16 mata lebih tinggi untuk ditutup kepada 1,449.93 daripada paras penutup 1,439.77 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi meningkat 7.86 mata kepada 1,447.63 dan bergerak antara paras 1,444.79 dan 1,453.19 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 309, manakala 440 kaunter tidak berubah, 981 tidak diniagakan dan 22 digantung.



Jumlah dagangan meningkat kepada 3.60 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada 3.38 bilion unit bernilai RM1.93 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau meningkat tinggi, terutamanya di Hong Kong, dengan minat belian tertumpu terutamanya kepada saham berkaitan teknologi, pengguna dan tenaga, mendapat dorongan daripada prestasi tinggi di Wall Street dan keyakinan tinggi bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menamatkan kitaran kenaikan kadar faedahnya

“Bagi bursa tempatan, kami kekal optimis dan menjangkakan indeks petunjuk pasaran itu akan mengekalkan momentum beliannya mendapat rangsangan daripada keyakinan yang muncul semula,” katanya kepada Bernama.

Di Bursa Malaysia, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Axiata dan Petronas Chemicals naik enam sen setiap satu masing-masing kepada RM2.35 dan RM7.19, Sime Darby Plantation meningkat tujuh sen kepada RM4.38, Press Metal Aluminium menokok lima sen kepada RM4.89, Tenaga Nasional menambah tujuh sen kepada RM9.97 dan MISC melonjak sembilan sen kepada RM7.30.



Dalam kalangan saham cergas, SMTrack dan Widad susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 4.5 sen dan 45 sen, manakala Zen Tech, MLabs dan Fitters tidak berubah masing-masing pada dua sen, satu sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.89 mata kepada 10,698.94, Indek FBMT 100 naik 63.31 mata kepada 10,368.41 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 82.05 mata kepada 10,906.79.

Indeks FBM 70 menambah 45.37 mata kepada 14,098.53 dan Indeks FBM ACE melonjak 75.01 mata kepada 5,098.99.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.06 mata kepada 171.71 manakala Indeks Perladangan meningkat 45.35 mata kepada 6,953.25 dan Indeks Tenaga menokok 4.67 mata kepada 875.48.



Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 63.37 mata kepada 16,298.88.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 1.94 bilion unit bernilai RM1.71 bilion berbanding 1.93 bilion unit bernilai RM1.61 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran naik kepada 537.52 juta unit bernilai RM77.88 juta daripada 480.69 juta unit bernilai RM77.09 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 1.12 bilion saham bernilai RM229.56 juta daripada 964.52 juta saham bernilai RM240.08 juta sebelumnya.



Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 330.11 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (548.11 juta); pembinaan (146.04 juta); teknologi (175.65 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (66.67 juta); hartanah (261.48 juta); perladangan (26.38 juta); REITs (9.08 juta), dana tertutup (61,900); tenaga (163.96 juta); penjagaan kesihatan (55.26 juta); telekomunikasi dan media (32.21 juta); pengangkutan dan logistik (29.36 juta); dan utiliti (103.16 juta).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker