Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina

Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina

Minggu Solidariti Palestin di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru di seluruh negara, menjadi polemik kerana ia dipolitikkan oleh pihak tertentu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Katanya, tanpa mengambil kira tujuan asal program itu dilaksanakan, sesetengah pihak membuat kacau ganggu ke atas penganjurannya.

Mengulas mengenai isu garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat, Fadhlina berkata perkara berkenaan tidak timbul kerana garis panduan itu adalah jelas untuk komuniti pendidikan.

“Garis panduan itu adalah untuk sekolah, untuk makluman kepada pentadbir sekolah dan dilaksanakan di sekolah dan bagi komuniti pendidikan ia adalah jelas.

“(Ia) menjadi polemik kerana ia dipolitikkan dan dikacau ganggu oleh orang luar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali di Ampang dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Dia bagaimnapun tidak mengulas lanjut mengenai “kacau ganggu” mahupun pihak “orang luar” yang dimaksudkan itu.

Minggu Solidariti Palestin dilaksanakan bermula 29 Okt hingga esok bagi menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata malah program berkenaan dijalankan mengikut proses yang mengambil kira tahap pemahaman golongan murid mengenai konflik Palestin-Israel.

“…sekolah-sekolah ini mempunyai dinamik masing-masing dan menjadi tanggungjawab guru-guru memastikan mesej ini sampai mengikut aktiviti yang dirasakan sesuai dengan sekolah.

“Jadi ini adalah mesej jelas bahawa tujuan kita adakan (Minggu Solidariti Palestin) adalah untuk mengangkat pendirian negara dan memastikan mesej itu sampai kepada seluruh anak murid kita,” katanya lagi. Mk

Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker