Terima arahan ‘alam ghaib’, lelaki paku buah zakar sendiri

Seorang lelaki di  Tunisia menusuk kantung skrotumnya menggunakan dua batang paku selepas mendakwa dia  menerima arahan daripada ‘seseorang’ dalam imaginasinya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Berdasarkan kes yang disiarkan dalam jurnal Urology Case Records, doktor berkata, paku berukuran panjang  6 sentimeter itu dipahat di dua tempat berbeza dengan serpihan lain tersangkut di antara tulang pelvis pesakit.

Walaupun mengalami kecederaan parah,  kakitangan Hospital La Rabta berkata, lelaki berusia 23 tahun yang namanya tidak didedahkan itu pulih dengan baik dan terselamat tanpa sebarang kerosakan berpanjangan pada buah zakarnya.



Dia diberikan suntikan tetanus untuk mengelak jangkitan bakteria selain kuku serta tisu kulit mati turut dibuang.

Pesakit berkenaan dibenarkan keluar selepas hanya satu hari ditahan di hospital.

Dia kemudian dirujuk kepada pakar psikiatri yang mengesahkan pesakit mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.

“Dalam kes tersebut, pesakit itu mengalami skizofrenia. Di bawah arahan orang imaginasinya, dia memasukkan objek ke dalam skrotumnya,” tulis doktor dalam laporan berkenaan



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker