Perolehan ventilator rosak, saya bukan Menteri Kesihatan pada waktu itu

Khairy Jamaluddin berkata perolehan ventilator untuk usaha kerajaan menangani wabak Covid-19 dibuat ketika dia belum menjadi menteri kesihatan.

Justeru, Khairy menggesa pengkritiknya untuk mendapatkan “fakta yang betul” sebelum mengulas perkara itu.

“Perolehan ventilator ni pada 2020. Saya jadi menteri kesihatan pada Ogos 2021.

“Kalau fakta anda pun tak betul, saya tak tahu kenapa anda bercakap dengan saya,” kata Khairy dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap.

Khairy mengulas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendedahkan bahawa syarikat China membekalkan ventilator yang tidak memenuhi spesifikasi, kepada Kementerian Kesihatan semasa kemuncak wabak Covid-19 pada 2020.

Mengulas lanjut, Khairy berkata dia bukanlah mahu mencapakkan menteri lain “di bawah bas”, tetapi pada masa yang sama, dia tidak boleh bertanggungjawab terhadap sesuatu yang tidak berlaku semasa dia menjadi menteri kesihatan.

“Bukan saya kata ini saya campak menteri lain bawah bas, tapi ini fakta.

“Macam mana saya nak bertanggungjawab tentang ventilator tersebut, saya bukan menteri kesihatan pada masa itu.

“Jadi kalau nak tanya pasal ventilator ni, kena tanya pada tuan punya badan, bukan saya,” katanya.

Khairy menegaskan dia bagaimanapun akan bertanggungjawab terhadap soalan berkaitan perolehan vaksin, yang merupakan “keputusannya” sebagai menteri.

Dia menegaskan bahawa perolehan vaksin dilakukan mengikut peraturan, seperti yang ditegaskannya pada Februari tahun ini.

Mengulas dakwaan pembaziran berkaitan vaksin tamat tempoh dimusnahkan, bekas pemimpin Umno itu berkata jumlah di negara seperti Indonesia dan Filipina jauh melebihi jumlah di Malaysia.

“Saya tidak mahu memberi alasan untuk mewajarkan pembaziran, tetapi saya hanya ingin menunjukkan bahawa banyak negara lain juga melakukan perkara yang sama, kerana apa yang penting semasa wabak itu kita mendapat bekalan yang mencukupi, dan bukannya mengalami kekurangan.

“Dalam isu hidup dan mati, saya bertanggungjawab. Anda tidak ada di dalam bilik (ketika keputusan ingin dibuat), saya ada di sana dan saya tahu apa yang saya lakukan, dan saya boleh menjawab kepada PAC,” tegas Khairy.

Pada ketika ini, hos bersama Khairy, Shahril Hamdan menegaskan bahawa masalah “pembelian akses” bukan unik di Malaysia, dan juga berlaku di negara lain.

Khairy kemudian menyindir bahawa pembelian vaksin bukanlah “perkara remeh” seperti membeli Panadol di kaunter farmasi, dan di samping itu, terdapat juga isu negara “lebih kaya” membolot vaksin pada kemuncak wabak itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker