Pensyarah IPG meninggal dunia ketika bermain tenis

Pensyarah IPG meninggal dunia ketika bermain tenis

KUALA NERUS: Seorang pensyarah institut pendidikan guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail di sini rebah sebelum meninggal dunia ketika bermain tenis di dalam kampus itu, semalam.

Pensyarah berkenaan, Tengku Norazlan Tengku Sulaiman, 51, yang tinggal di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu bermain tenis bersama beberapa rakannya sebelum rebah pada jam 6 petang.



Rakan mangsa, Yahaya Osman, 62, berkata ketika kejadian dia dan arwah serta tiga rakan yang lain bermain tenis.

Katanya, selepas 30 minit bermain mereka melihat arwah tiba-tiba rebah dan mendapati tercungap-cungap ketika bernafas.

“Ketika kejadian, saya bersama arwah dan tiga rakan lain sedang bermain tenis seperti biasa sebelum mangsa tiba-tiba rebah selepas setengah jam kami bermain.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya di sini.



Yahaya yang juga bekas pensyarah IPG terbabit berkata, arwah seorang yang aktif bersukan dan tidak menunjukkan sikap letih sebelum beraksi.

Katanya, kali terakhir mereka bermain tenis di gelanggang IPG minggu lalu termasuk petang semalam dan arwah seperti biasa mahu bermain bersama.

“Sepanjang saya mengenali arwah sejak 10 tahun lalu, beliau seorang yang sihat dan kehilangan beliau amat kami rasai kerana arwah begitu disenangi termasuk dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. BH



Pensyarah IPG meninggal dunia ketika bermain tenis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker