Kerajaan Perpaduan tawar pakej jalur lebar B40 Mac ini

PUTRAJAYA – Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ditawarkan kepada golongan B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU) pada harga lebih rendah mulai Mac ini.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menerusi kenyataan memaklumkan, pakej itu menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan internet sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had pada harga RM69 sebulan dengan kontrak langganan selama 24 bulan

“Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malah merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan rakyat serta berusaha dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh,” katanya pada Khamis.



Menurutnya, harga pakej tersebut ditawarkan sebanyak 22 peratus lebih murah berbanding pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.

“Bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

Beliau berkata, insiatif tersebut dijalankan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap di dalam negara.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker