Senjata mainan untuk ajar murid erti perjuangan Palestin – PAS

Senjata mainan untuk ajar murid erti perjuangan Palestin – PAS

Ahmad Fadhli Shaari mempertahankan tindakan pihak sebuah sekolah menggunakan senjata mainan sebagai peralatan (prop) pada majlis solidariti buat Palestin baru-baru ini.

Kata ahli parlimen Pasir Mas langkah pihak sekolah berkenaan menganjurkan program tersebut bertujuan untuk mendidik pelajar memahami makna perjuangan.



Menyelar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang menciap mengenai rakaman video tular itu, Ahmad Fadhli berkata, pandangan berkenaan adalah berbahaya.

Kata ketua penerangan PAS Pusat itu lagi, tidak benar untuk Nga menuduh langkah pelajar dan sekolah terbabit mengajar kanak-kanak mengenai keganasan dan dendam.

“Padahal ia hanya satu kaedah mengajar mereka mengenai perjuangan yang sedang ditegakkan di bumi Palestin,” katanya pada sidang media di parlimen, hari ini.

Beberapa hari lalu tular rakaman video pendek menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berpakaian seperti pejuang Palestin bersama senapang mainan dalam sebuah program.



Ia mengundang kritikan sesetengah pihak dan dianggap sebagai mempromosikan keganasan.

Untuk rekod program berkenaan berlangsung di luar dari tempoh sambutan Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 29 Okt hingga 3 Nov ini.

Pada 28 Okt lalu Nga menciap untuk menyatakan pandangannya bahawa sekolah bukanlah tempat untuk berkonflik atau menanam fahaman ekstremisme.

Jangan kenakan tindakan



Dalam hantaran tersebut, naib pengerusi kebangsaan DAPitu turut mengepilkan gambar dua murid bersama kain melilit kepala sambil memegang senjata mainan.

Ahmad Fadhli berkata kenyataan dibuat Nga itu secara tidak langsung menunjukkan pendirian sebenar sesetengah pemimpin kerajaan terhadap isu Palestin.

“Ini merupakan kenyataan yang sangat bahaya. Pada kami, ia menampakkan wajah sebenar sebahagian pemimpin yang berada dalam kerajaan hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama Ahmad Fadhli mendakwa sebuah sekolah vernakular di Selangor turut menganjurkan program yang menunjukkan pelajarnya membawa senjata mainan.



Kata Ahmad Fadhli program itu diadakan pada 20 Okt lalu. Bagaimanapun, semakan Malaysiakini mendapati hantaran terbabit telah dipadamkan.

“Kalau yang terlibat dengan solidariti Palestin dianggap ganas, bagaimana pula senjata mainan dalam bentuk (kostum) adiwira, dalam komik dan sebagainya dianggap tidak mengapa?

“Ini satu pandangan berat sebelah,” katanya lagi.

Justeru Ahmad Fadhli menggesa KPM tidak mengambil tindakan ke atas pelajar serta guru yang terlibat dalam program menyokong Palestin berkenaan.



“Kami menuntut supaya guru-guru yang terlibat dalam minggu penghayatan Palestin ataupun solidariti itu jangan diambil tindakan.

“Kalau dikenakan tindakan, kita (PN) akan nyatakan pendirian dan akan mengajak seluruh masyarakat Malaysia untuk sama-sama bersolidariti dengan pengurusan pihak sekolah,” katanya lagi. Mk

Senjata mainan untuk ajar murid erti perjuangan Palestin – PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker