Pengemis pura-pura buta dapat ‘gaji’ RM4,500 sebulan

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bandung, wilayah Jawa Barat menahan dua individu yang berpura-pura buta demi meraih simpati orang ramai dengan cara mengemis, lapor portal berita Okezone hari ini.

Menurut Ketua Bahagian Pemulihan Sosial Kota Bandung, Irfan Alamsyah, kedua-dua individu itu ditangkap ketika sedang mengemis di kawasan Jalan Ahmad Yani.

“Ketika diminta memberi keterangan untuk tujuan pengumpulan maklumat, salah seorang daripada mereka mengaku hanya berpura-pura buta untuk meraih simpati orang ramai,” katanya.



Kedua-dua pengemis tersebut turut mengaku boleh mengumpul wang sumbangan orang ramai sehingga 500,000 rupiah (RM149.86) dalam masa separuh hari dan mencecah 15 juta rupiah (RM4,493) sebulan.

Mereka kini sedang ditahan untuk menjalani bimbingan serta khidmat nasihat selain ahli keluarga akan dipanggil untuk membantu penilaian. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker