Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang pegawai polis wanita daripada mengaibkan kehormatan seorang anggota polis.
Hakim Norsharidah Awang membenarkan rayuan Sheila Sharon Steven Kumar, atau dikenali sebagai Inspektor Sheila, dengan alasan tuduhan itu tidak dibacakan kepada wanita itu, dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan majistret seperti yang dikehendaki undang-undang.
“Rayuan dibenarkan dan perintah DNAA yang dikeluarkan majistret pada 26 Jun lalu diketepikan,” kata Norsharidah dalam penghakiman ringkasnya.
Terdahulu, peguam Sheila M Manoharan, berkata timbalan pendakwa raya memaklumkan Mahkamah Majistret Selayang bahawa Sheila, 35, mendapat DNAA kerana “masalah teknikal” di pendaftar mahkamah.
Manoharan berkata majistret terkilaf membenarkan DNAA kerana tiada tuduhan dikenakan terhadap anak guamnya.
Sheila sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal Farhan Abdul Razak di Taman Sri Gombak pada 15 Jun lalu.
Di Mahkamah Majistret berasingan, Sheila didakwa mengikut seksyen yang sama apabila mengaibkan kehormatan seorang peguam P Taneswaran, 31, dengan berkata: “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu.”
Sheila berdepan hukuman penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Wanita itu juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa.
Dia didakwa mengikut seksyen mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Taman Sri Gombak pada 15 Jun lalu.
Perbicaraan untuk kedua-dua kes ditetapkan pada 5 dan 6 Feb ini. FMT
Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
Baca Artikel Menarik:
- Akmal minta PM hantar 12 wakil rakyat PKR ke Gaza
- MP Labuan pula isytihar sokong Anwar
- Azhar Sulaiman beri amaran kepada Sharnaaz?
- Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis
- Hantu di UiTM Lendu
- Lauk babi hina industri nasi kandar – PRESMA
- FD3: Izzue Islam macam nampak kekok mengacara
- Kami tak pilih menantu kaya – Yusof Haslam
- Bomoh rogol pelajar sampai hamil ketika proses buang santau
- Anwar perlu lebih berani – TMJ
- Lelaki tidur dalam rumah mati disambar petir
- Alyah disangka Ira Kazar
- GV10: Bersepah nyanyian Aliff Aziz – Ramli MS
- GV10: Zamani tersingkir akhirnya
- Oops PAS tersalah langkah ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira
All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu
You must be logged in to post a comment.