Tak matang tangani isu ‘penyondol’, Bella nafikan tuduhan

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menepis tuduhan netizen mendakwanya masih tidak ‘move on’ dan tidak matang dalam menangani isu ‘penyondol’ membabitkan rumah tangganya.

Isu timbul selepas Bella tampil dengan beberapa kenyataan ‘panas’ sebaik sahaja menyedari kehadiran pelakon Sophia Albarakbah pada sebuah program realiti membabitkan suaminya, Aliff Aziz sebelum ini.

Ketika ditemui XTRA, Bella berkata, dia kini mahu fokus dalam memberikan yang terbaik buat keluarga, sekali gus meletakkan kepercayaan terhadap suaminya.



“Cakap soal status, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Bagi saya, kalau boleh nak lepaskan sahaja perkara itu.

“Lepas kenyataan itu, Aliff ada memujuk secara peribadi, kalau boleh saya tidak mahu sedih-sedih lagi.

“Tidak ada rasa tidak selamat sebab saya sudah cukup dewasa.

“Kalau ada orang kata saya tidak percayakan Aliff, silap! Saya meletakkan kepercayaan kepadanya. Sebab itu saya beri Aliff peluang kedua,” katanya.



Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Dapur Panas Selebriti di Hotel Le Quadri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, Bella meminta maaf kepada mana-mana pihak tersinggung dan kurang senang dengan kenyataan dikeluarkannya membabitkan aktres berkenaan.

“Saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan hantaran saya sebelum ini hingga ada yang kata saya kurang matang.

“Saya harap yang terbaik dan tak mahu sedih lagi. Saya mahu ‘tutup buku’.



“Saya juga mahu bersikap positif sahaja sekarang ini,” jelasnya.

Sekadar info, Bella bersama ibunya, Zarina Salleh, 47, teruja apabila dipilih menjadi salah seorang peserta Dapur Tempur Selebriti yang akan disiarkan di TV9 pada 18 November depan.

Jelasnya, walaupun tidak terlalu mahir memasak, namun yakin dengan kehadiran ibunya akan berikan yang terbaik dan berjanji akan memberikan saingan sengit kepada peserta lain.

“Susah sebenarnya nak paksa mama masuk program ini, dia malu.



“Tapi, saya memang tak sabar nak masak dengan mama,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker