Wanita maut, kereta putus 2 nahas di Kedah

Keadaan Proton Iswara Aeroback dan pacuan empat roda selepas bertembung di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil. (Gambar PDRM)

Seorang wanita maut, manakala keretanya terputus dua dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, Baling.

Farah Nabihan Mohamad, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dalam nahas kira-kira 5 petang tadi.

Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Iswara Aeroback dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pacuan empat roda.

“Kerana jarak terlalu dekat, pemandu pacuan empat roda berusia 57 tahun dari arah Kuala Ketil menghala Parit Panjang gagal mengelak dan melanggar hadapan kiri kereta mangsa.



“Pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa terputus dua dan mangsa tercampak ke kiri jalan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata pemandu serta penumpang 54 tahun dalam pacuan empat roda itu cedera ringan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker