Ketua Pemuda PAS dakwa Kerajaan Madani lacurkan keadilan demi kuasa

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan konsep keadilan yang dilaungkan Kerajaan Madani amat mengelirukan dan hanya retorik.

“Pelantikan seorang pemimpin dalam jawatan tertinggi pentadbiran negara yang mempunyai rekod 47 pertuduhan yang membabitkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membuktikan kerajaan campuran PH dan BN sanggup menggadaikan prinsip demi kuasa.

“Ditambah pula dengan episod layanan istimewa diberikan, dihentikan pendakwaan di saat prima facie telah berjaya dibuktikan.

“(Ini) menunjukkan dengan jelas mereka sanggup ‘melacurkan’ prinsip keadilan demi kekal di puncak kuasa,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS yang ke-64 malam ini di IDCC Shah Alam.

“Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata,” kata Ahmad Fadhli memetik pantun dua kerat.

Walaupun tidak menyebut nama namun kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu, selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum itu menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas, manakala yang terbaru, lengkap dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada AGC pada Februari.

Anwar Ibrahim menegaskan dia tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid, daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya.

Perdana menteri berkata peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes tersebut.

Bagaimanapun, DNAA yang diberikan kepada Zahid – membuka kemungkinan bahawa presiden Umno didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin mengkaji semula perkara tersebut – telah mencetuskan rasa tidak puas hati besar-besaran terhadap kerajaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker