Anwar telefon pemimpin Hamas, mahu koridor kemanusiaan dibuka
Anwar telefon pemimpin Hamas, mahu koridor kemanusiaan dibuka
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa agar pengeboman di Gaza dihentikan segera dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, yang menghubungkan Gaza ke Mesir.
Dalam satu hantaran di media sosial, Anwar berkata dia telah menghubungi Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.
“Memandangkan situasi teruk di Gaza, saya sangat menyokong pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.
“Ia juga penting bagi Israel untuk serta-merta mengadakan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mencari resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan.
“Adalah penting agar kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini diberi keutamaan,” kata perdana menteri.
Tambahnya, atas semangat ini, Malaysia komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk bekalan makanan dan ubat-ubatan bagi meringankan penderitaan mereka yang memerlukan.
Ketika pengeboman Israel ke atas Semenanjung Gaza berterusan, dianggarkan 2.3 juta rakyat Palestin masih terperangkap. Sejak konflik itu tercetus 7 Oktober lalu, rejim Yahudi telah mengenakan sekatan menyeluruh ke atas kawasan itu – tiada bekalan air, bahan api dan elektrik.
Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry berkata Israel masih belum membenarkan pembukaan lintasan Rafah, yang akan membolehkan orang awam melarikan diri daripada wilayah yang diserang.
Semalam, Anwar berkata bahawa menghantar tentera Malaysia untuk membantu perjuangan rakyat Palestin menentang Israel bukan perkara yang mudah.
Bercakap di Dewan Rakyat, dia berkata keputusan seumpama itu bukan untuk dibuat sendiri oleh Malaysia kerana sebarang bentuk bantuan kepada Palestin hanya boleh disampaikan dengan kebenaran negara jiran.
“Kalau tidak pesawat kita tidak boleh mendarat. Jadi saya minta supaya ada kefahaman, jangan dikelirukan rakyat,” katanya. Mk
Anwar telefon pemimpin Hamas, mahu koridor kemanusiaan dibuka
Baca Artikel Menarik:
- Cinta PKP Sabri, Angeline
- Iskandar Dzulkarnain tetap selamat walau dipecat Bersatu
- Jangan risau, saya Muslim, kami tak akan sakiti kamu’, kata pejuang Hamas
- Tiada setitis air, sebutir gandum dan seliter bahan api dibenarkan di Gaza sejak 8 hari lalu
- Guna elektrik macam ayah bayar, PM tegur penjawat awam
- FD3: Persembahan Shila Amzah dan adiknya terganggu
- GV10: Doa Aishah tersingkir dimakbulkan
- Nabila Huda selar VIP buang puntung rokok merata-rata
- Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3
- Hetty Koes Endang nasihat Lina Pom Pom, jangan mudah koyak
- Pegawai khas PM dalang kenyataan ‘tak benar’ PMO – ‘Oms’ P Thiagarajan
- Saya cadangkan lebih awal terima PAS sebahagian dari Kerajaan Perpaduan
- Protes operasi JPJ, 1000 ‘abang lori’ turun berhimpun
- Abang Sabri sangat baik, saya kagum dengan dia – Angeline Tan
- Puteri Sarah makin mesra dengan Andi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’
Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’
You must be logged in to post a comment.