Amalan 40

Amalan 40

Mula-mula kita bicarakan hadis yang menyebut tentang 40 berkenaan perkara yang baik atau fadilat sesuatu amalan. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Jika seorang Muslim meninggal dunia maka disembahyangkan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah maka Allah memberi syafat kepadanya,” (HR Muslim).



Menurut Penyarah Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS), Dr. Mohd. Khafidz Soroni, dari hadis itu menunjukkan bahwa angka 40 itu ada kelebihannya sehingga Allah dapat memberi syafat kepadanya. Begitu juga halnya dengan solat Jumaat, di dalam mazhab Syafie kehadiran empat puluh orang termasuk imam maka solat Jumaat boleh dilaksanakan.

Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah melakukan solat Jumaat di Madinah dan jumlah sahabat yang hadir saat itu adalah 40 orang. Tidak pernah disebutkan bahawa Nabi s.a..w melakukan solat Jumaat kurang dari 40 orang.

Itu bermaksud tidak boleh kurang daripada jumlah tersebut untuk solat Jumaat. Ulama Syafie juga, mengambil kira amalan Umar bin Abdul Aziz yang menyuruh supaya solat Jumaat itu dikerjakan jika jemaahnya ada 40 orang.

Empat puluh adalah bilangan yang minimum untuk melakukan solat jenazah dan solat Jumaat. Kalau lebih, bertambah-tambahlah bagus.



Kemudian ada pula hadis lain yang menyebut 40 amalan yang mudah jika dilakukan oleh orang Islam diberikan ganjaran syurga. Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Ada empat puluh amalan baik yang paling tinggi adalah memberi pinjam seekor kambing untuk diambil susunya. Tidaklah seseorang yang beramal dari perbuatan-perbuatan kebaikan tersebut dengan harapan dia mengharap pahala daripada-Nya dan membenarkan apa yang dijanjikan kepadanya, melainkan Allah memasukkannya dengan amalannya ke dalam syurga.” Hassan berkata;

“Maka kami menghitung kebiasaan baik itu setelah pemberian kambing mula dari menjawab salam, menjawab orang yang bersin, menyingkirkan halangan dari jalan dan yang semisalnya namun kami tidak sanggup untuk sampai pada lima belas kebiasaan baik tersebut.” (HR Bukhari).

Jelasnya, empat puluh amalan mudah hanya disebut yang paling tinggi sekali, walupun yang lain tidak disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis itu tetapi telah dikumpulkan oleh Sheikh Abdullah al-Khumari.



Disenaraikan lagi 39 amalan lain sesiapa yang mengamalkannya akan masuk di dalam syurga. Namun hanya disebutkan beberapa saja di sini iaitu berkasih sayang kerana Allah, memelihara anak yatim, menutup aib orang, menziarahi orang sakit, menjaga lidah, berzikir, bercakap yang baik, memelihara silatulrahim, bersuci dan banyak lagi.

Mengapa mesti 40?

Apabila bercerita tentang sesuatu kebaikan, angka 40 juga yang digunakan. Mengapa tidak disebutkan 60 ataupun angka lain? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Malah bukan itu saja, empat puluh juga disebut apabila hendak menggambarkan sesuatu balasan atau dosa. Misalnya di dalam hadis ini disebutkan tegahan melintas di hadapan orang solat. Rasulullah s.a.w. bersabda,



“Kalau orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang ditanggungnya nescaya dia akan berdiri empat puluh, adalah lebih baik baginya daripada melewati orang yang sedang solat. Abu an-Nadhar berkata, “Saya tidak tahu dia berkata empat puluh hari atau bulan atau tahun.” (HR Bukhari dan Muslim).

Sesungguhnya dalam hadis itu tidak disebutkan empat puluh itu merujuk kepada apa? Sama ada empat puluh hari, bulan atau tahun. Ini menunjukkan penghormatan untuk orang yang sedang solat tidak boleh diganggu dan tidak boleh lalu di hadapannya.

Menurut pendapat ulama Syafie, adalah haram hukumnya lalu di hadapan orang yang sedang solat jika ia sudah membuat batasan tempat solat, meskipun orang yang hendak lalu tidak punya jalan lain selain itu. Kemudian bagi orang yang solat pula, makruh memilih tempat laluan sebagai tempat solatnya sehingga dia dengan sendirinya menghalang orang lalu-lalang.

Namun ulama Hanbali mengatakan bahawa tidak haram hukumnya untuk lalu di hadapan orang solat selama mana berada di Mekah. Para fuqaha sepakat membolehkan untuk lalu di hadapan orang solat bagi mereka yang sedang tawaf di Baitulharam atau di dalam Kaabah atau di belakang maqam Ibrahim meski pun ada pembatas di hadapannya.



Ditolak solat 40 hari

Juga, Nabi s.a.w menyebutkan orang yang minum arak tidak akan diterima Allah solatnya selama empat puluh hari. Hadis itu diriwayatkan oleh Tardmizi dan Imam Ahmad. Sebahagian ulama hadis ada membicarakan tentang tempoh itu, mereka berpendapat 40 hari itu adalah tempoh di mana kesan arak itu hilang dari darah. Selagi mana kesan arak itu masih ada di dalam darah maka Allah tidak akan terima solatnya.

Begitu juga halnya dengan bertilik nasib satu perkara yang dilarang di dalam Islam.

“Barang siapa mendatangi tukang tilik lalu dia bertanya kepadanya tentang suatu hal maka solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.” (HR Bukhari).



Konsepnya begini, setiap kali solat membaca al-Fatihah adalah wajib. Di dalam surah al-Fatihah ayat 5,

“Engkaulah saja yang kami sembah. Juga kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”

Ayat itu sudah jelas hanya kepada Allah kita menyembah dan kepada-Nya juga kita memohon pertolongan. Apa maknanya, jika solat tidak pernah tinggal tapi memohon pertolongan selain daripada Allah?

Orang yang mengerjakan solat tidak akan pergi kepada bomoh dan tukang tilik nasib untuk mendapatkan pertolongan. Orang yang solat tidak akan rasa ada kuasa lain yang boleh tolong mereka kecuali Allah.

Dari hadis itu sudah menunjukan bahawa tempoh 40 malam adalah tempoh yang cukup bagi manusia untuk menyesali apa yang telah dilakukan. Namun rahsia sebenar di sebalik semua itu hanyalah milik Allah. Hanya Allah saja yang mengetahuinya dan sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu bukan secara kebetulan tetapi melalui perancangan yang teliti.

Selain itu di dalam hal kebersihan juga diletakan 40 hari sebagai tempoh maksimum untuk memotong kuku, misai, mecabut bulu ketiak dan memotong bulu. Hadis daripada Anas berkata,

“Rasulullah memberikan waktu kepada kami untuk mencukur kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan adalah tidak lebih dari empat puluh malam (sehingga tidak panjang).” (HR Muslim) Utv

Amalan 40

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker