Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3

Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3

Persembahan memukau pelawak dua beradik, Syaiful dan Sharif pada konsert minggu pertama musim ketiga Famili Duo (FD3) yang disiarkan secara langsung TV3 dari Studio TV3, Glenmarie di sini, malam tadi, membolehkan mereka diangkat sebagai Duo Terbaik.

Pasangan yang sebelum ini dikenali sebagai kumpulan Zero mempersembahkan lagu Ikan Dalam Kolam dan Kopi Dangdut dengan baik, lantas melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000.



Dalam persembahan itu, Syaiful dan Syarif mengumpul 55.4 markah meninggalkan lima pasangan lain iaitu Shila Amzah dan Syahir Amzah yang beroleh 49.1 markah; Ryan Bakery dan Adam Bakery (42.2 markah); Fuad Rahman dan Tom (41.3 markah); Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (37.8 markah) serta Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (36.2 markah).

Susulan kemenangan itu, Syaiful dan Syarif memilih tema Cinta untuk dipersembahkan setiap peserta pada konsert minggu kedua, Ahad depan.

Terdahulu, Syaiful dan Sharif diumum duo keenam FD3 berjaya memukau penonton termasuk juri dengan persembahan bertenaga dan mencuit hati.

Sementara itu, pentas minggu pertama FD3 menyaksikan timbul masalah teknikal apabila persembahan pasangan adik-beradik, Shila Amzah dan Syahir Amzah tidak lancar berikutan mikrofon tidak berfungsi dengan baik.



Bagaimanapun, juri tetap, Ajai dan Mas Idayu memuji persembahan pasangan itu terutama Syahir yang dilihat tenang mengawal situasi.

Mas Idayu menyifatkan Syahir berkeyakinan dan mampu mengendalikan emosi secara profesional.

“Walaupun ada masalah teknikal, muka Syahir tidak menunjukkan ada masalah berlaku. Begitulah kalau berada di atas pentas.

“Saya harap selepas ini tidak berlaku lagi masalah teknikal kerana kami juri perlu mendengar nyanyian peserta,” katanya. BH



Syaiful, Syarif Zero diumum Duo Terbaik pada konsert pertama FD3

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker