McDonald’s sumbang makanan percuma kepada tentera Israel

McDonald’s sumbang makanan percuma kepada tentera Israel

McDonald’s Israel mengumumkan restoran makanan segera itu mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas kumpulam Hamas melakukan serangan pada Sabtu lalu.

Menerusi Instagram story kelmarin, McDonald’s berkata, ia telah menyumbang berpuluh ribu makanan seluruh Israel dalam tempoh beberapa hari semasa konflik berlangsung.

Menurut terjemah daripada bahasa Hebrew ke bahasa Inggeris yang dilakukan Insider: “McDonald’s menyumbang dan terus menyumbang beribu-ribu makanan kepada unit IDF (Angkatan Pertahanan Israel), polis, hospital, penduduk sekitar Jaluran (Gaza) dan semua pasukan penyelamat.

“Kami terus menyumbang beribu-ribu makanan sehari kepada angkatan tentera seluruh negara. Selain itu, diskaun sebanyak 50% diberikan kepada anggota tentera an pasukan keselamatan yang datang ke cawangan kami,”.

McDonald’s menjelaskan dalam satu hantaran bahawa sebanyak lima restoran telah dibuka untuk tujuan menyediakan bantuan dan sumbangan kepada angkatan keselamatan dan ia merancang untuk menghantar 4,000 makanan sehari.

Setakat ini, rangkaian restoran gergasi itu telah menyumbang 12,000 makanan kepada IDF dan rakyat Israel, menurut hantaran itu.

Gambar-gambar yang disiar menunjukkan kereta penuh dengan makanan McDonald’s dan anggota tentera serta pekerja di hospital-hospital menerima bungkusan makanan.

Satu rakaman video menunjukkan pekerja McDonald’s menyediakan makanan dan pakej untuk dihantar ke pengkalan tentera di selatan Israel. Agensi

McDonald’s sumbang makanan percuma kepada tentera Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker