Istana Pahang beri amaran, jangan pamer lambang darjah kebesaran di kenderaan

KUANTAN: Penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang diberi peringatan untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat negeri pada kenderaan mereka.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.

Peringatan itu diberikan mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, melibatkan gelaran atau anugerah dikurniakan Sultan Pahang.



“Penerima darjah kebesaran dan pingat didapati melanggar atau melakukan kesalahan di bawah enakmen ini akan berhadapan dengan tindakan penarikan balik darjah dan pingat yang telah dikurniakan.

“Manakala mereka yang didapati menggunakan gelaran palsu juga boleh didakwa mengikut peruntukan sama,” katanya dalam kenyataan.

Khirrizal berkata polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dimohon untuk bekerjasama dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Pada Ogos lepas, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman memberi peringatan bahawa semua pihak tidak dibenarkan memasang atau memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan tanpa kebenaran.



Beliau berkata perkara itu dinyatakan pada Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 dan individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker